Perkhidmatan Kami
Enam perkhidmatan kejururawatan utama yang dilakukan secara profesional di rumah anda.
Wound Dressing
Rawatan Luka
Pembersihan dan pembalutan luka secara aseptik untuk luka pembedahan, luka diabetes, ulser tekanan dan lain-lain. Menggunakan dressing moden untuk pemulihan optimum.
Sesuai untuk: Pesakit pasca-pembedahan, pesakit diabetes, warga emas terlantar.
Catheter & Bladder Drainage
Pemasangan Kateter
Pemasangan, penyelenggaraan dan penggantian Foley catheter. Pemantauan output urin dan pencegahan jangkitan saluran kencing.
Sesuai untuk: Pesakit retensi urin, pesakit terlantar, lepas pembedahan.
Insertion/Change of NG Tube
Pemasangan/Pertukaran Tiub NG
Pemasangan dan pertukaran tiub nasogastrik (NG tube) secara aseptik, pengesahan kedudukan tiub serta panduan penjagaan harian untuk keluarga.
Sesuai untuk: Pesakit strok, pesakit yang sukar menelan, pesakit kanser.
Blood Taking
Pengambilan Darah
Pengambilan darah profesional untuk ujian makmal — full blood count, gula darah, kolesterol, fungsi buah pinggang dan lain-lain. Sampel dihantar ke makmal terpilih.
Sesuai untuk: Warga emas, pesakit kronik, pesakit yang sukar bergerak.
Blood Pressure Monitoring
Pemantauan Tekanan Darah
Pemantauan tekanan darah, kadar nadi, suhu badan dan saturasi oksigen. Laporan berkala untuk doktor anda.
Sesuai untuk: Pesakit hipertensi, jantung, diabetes dan warga emas.
Health/Nursing Education & Support
Pendidikan & Sokongan Kesihatan
Sesi pendidikan kesihatan dan latihan praktikal untuk ahli keluarga — termasuk penjagaan luka, pemberian ubat, pemakanan tiub, mobilisasi pesakit dan pencegahan komplikasi. Sokongan berterusan untuk caregiver di rumah.
Sesuai untuk: Ahli keluarga & caregiver pesakit kronik, warga emas atau pesakit terlantar.
Perlukan perkhidmatan lain?
Kami juga boleh berbincang tentang keperluan khas — sila hubungi kami.
WhatsApp Kami